Memaparkan catatan dengan label HEM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HEM. Papar semua catatan
Taklimat Pengoperasian Pembukaan Sekolah
2021 HEM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Satu taklimat bersama ibubapa/penjaga dan guru-guru telah diadakan secara maya bagi memaklumkan tentang pengoperasian pembukaan sekolah. Taklimat ini disampaikan oleh Penolong HEM, Cikgu Azidi.
🗓️Tarikh: 27 Oktober 2021
⏰Masa : 8.30 Malam
🔗Link Google Meet: https://meet.google.com/mek-cunr-qth
Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah SK Jalan Selangor (Satu)
2020 HEM Makluman
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Setelah empat bulan murid-murid dicutikan akibat pandemik Covid-19, hari ini tanggal 15hb Julai 2020 sekolah telah pun dibuka semula dan murid-murid telah kembali ke sekolah dengan normal baharu.
Namun, murid-murid Tahun 5 & 6 sahaja yang mula bersekolah hari ini manakala murid-murid Tahun 1 hingga 4 akan memulakan sesi persekolahan baru pada 22hb Julai 2020. Di bawah merupakan garis panduan pembukaan semula sekolah SK JALAN SELANGOR (SATU) untuk rujukan dan panduan murid-murid.
Latihan Kebakaran
2020 HEM Program Sekolah Program Sekolah 2020
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Minggu pertama bulan Mac dimulakan dengan program latihan kebakaran bersama pasukan bomba Petaling Jaya melibatkan murid-murid Tahap 1 & 2.
PROGRAM : LATIHAN KEBAKARAN
TARIKH : 5HB MAC 2020 (KHAMIS)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SKJS(1)
Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid, guru-guru dan warga sekolah dengan pengetahuan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.
Latihan dimulakan dengan semua murid bergerak dengan pantas dan teratur mengikut kelas masing-masing ketika loceng kecemasan dibunyikan dan berkumpul di padang sekolah. Selepas itu, pasukan bomba menunjukkan cara-cara memadam api yang betul.
Program Makanan Sihat
2020 HEM Program Sekolah 2020 Unit 3K
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pengelola : Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM)
Anjuran : Unit 3K
Matlamat : Murid-murid dapat mengamalkan pemakanan yang berkualiti dan bernutrisi yang diperlukan tubuh badan untuk sihat.
PROGRAM : MAKANAN SIHAT
TARIKH : 28 FEBRUARI 2020 (JUMAAT )
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 7.30 AM - 9.00 AM
PENYERTAAN : MURID-MURID SKJS(1) TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6
Ceramah pemakanan sihat disampaikan oleh Sir Raj.
Langgan:
Catatan (Atom)