Sambutan Hari Deepavali 2019

November 05, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sebagai sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan hidup dalam harmoni, perpaduan antara kaum dipupuk melalui sambutan hari perayaan. Untuk itu, pihak sekolah tidak ketinggalan meraikan sambutan hari Deepavali bersama-sama guru dan murid-murid.

Semua murid digalakkan memakai pakai tradisional kaum India disamping dapat menikmat juadah makanan yang disediakan secara potluck oleh ibubapa murid-murid. 

PROGRAM : SAMBUTAN HARI DEEPAVALI 2019
TARIKH : 1 NOVEMBER 2019 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
TEMA PAKAIAN : PAKAIAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM MASING-MASING


Mesyuarat AJK PIBG Bil.2/2019

Oktober 25, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu perjumpaan AJK Ibubapa dan AJK Guru telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah pada 22 Oktober 2019 bagi membincangkan beberapa perkara, antaranya Hari Anugerah Cemerlang, tarikh-tarikh majlis penting untuk bulan November dan saran Guru Besar bagi menambah dana tabung PIBG sekolah.


Makluman Cuti Sekolah Sempena Perayaan Hari Deepavali

Oktober 23, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena perayaan Hari Deepavali, sekolah akan mula bercuti pada tarikh :

25, 28 & 29 OKTOBER 2019 (CUTI PERAYAAN)
30 OKTOBER 2019 (CUTI PERISTIWA)

Sekolah akan mula dibuka pada 31 OKTOBER 2019 (KHAMIS).



Surat makluman cuti perayaan hari Deepavali telah diedarkan kepada semua murid. Dengan ini, warga SK Jalan Sleangor (Satu) ingin mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali kepada semua guru dan murid yang menganut agama Hindu, serta selamat bercuti kepada semua.

PASCA UPSR | Kem AKBAL

Oktober 15, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Program Pasca UPSR diteruskan lagi dengan penganjuran Kem AKBAL dibawah Panitia Pendidikan Islam. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan murid-murid Islam Tahun 6 tentang hukum-hakam tentang agama dalam menjadikan ia sebagai cara hidup.

PROGRAM : KEM AKBAL (AKIL BALIGH)
TARIKH : 5HB NOVEMBER 2019
TEMPAT : SURAU PEREMPUAN
PENGLIBATAN : MURID-,MURID ISLAM TAHUN 6
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


Aktiviti Senamrobik Sempena Bulan Sukan Negara

Oktober 14, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena Bulan Sukan Negara, warga SKJS(1) telah mengambil peluang untuk melakukan aktiviti kecergasan pada 11hb Oktober 2019 yang lalu bagi menyatakan sokongan kepada gaya hidup sihat. Para pelajar turut mengambil bahagian dalam acara senamrobik mengikut kelas masing-masing.



PASCA UPSR | EKSPERIMEN SAINS (Saintis Muda)

Oktober 11, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada minggu lepas, aktiviti Pasca UPSR diteruskan dengan eksperimen sains oleh murid-murid Tahun 6. Eksperimen dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan perlu menunjukkan kaedah yang digunapakai dalam eksperimen masing-masing serta perlu menerangkan kepada guru-guru.