Memaparkan catatan dengan label PIBG 2019. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIBG 2019. Papar semua catatan

[Video] Sambutan Hari Kanak-Kanak 2019

November 07, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bersempena dengan bulan Hari Kanak-Kanak, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG dan ibubapa telah meraikan semua murid dalam satu sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Setiap tahun, Hari Kanak-Kanak disambut pada 20 November.

Tema pakaian untuk Hari Kanak-Kanak pada tahun ini ialah tema Arab. Untuk itu, semua murid dan guru digalakkan memakai pakaian ala Arab bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut. 

PROGRAM : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2019
TARIKH : 6 NOVEMBER 2019 (RABU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD



Mesyuarat AJK PIBG Bil.2/2019

Oktober 25, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu perjumpaan AJK Ibubapa dan AJK Guru telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah pada 22 Oktober 2019 bagi membincangkan beberapa perkara, antaranya Hari Anugerah Cemerlang, tarikh-tarikh majlis penting untuk bulan November dan saran Guru Besar bagi menambah dana tabung PIBG sekolah.


Majlis Hi-Tea Tahun 6 Di Hotel Armada, PJ

Oktober 07, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini, murid-murid Tahun 6 telah diraikan dalam satu majlis Hi-Tea bertempat di Utara Coffee House, Hotel Armada, Petaling Jaya. Majlis Hi-Tea tersebut turut dineriahkan dengan kehadiran Guru Besar, Pn Norliza, YDP PIBG, Pn Airudiza serta guru-guru.

MAJLIS : MAJLIS HI-TEA MURID TAHUN 6
TARIKH : 5HB OKTOBER 2019 (SABTU)
TEMPAT : UTARA COFFEE HOUSE, HOTEL ARMADA PJ



Program Motivasi, Solat Hajat Dan Bacaan Yasin UPSR 2019

Ogos 29, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Peperiksaan UPSR semakin menghampiri harinya. Selain membuat persiapan dari segi ilmu dan latih tubi di sekolah, persiapan rohani juga amat penting demi memperolehi keberkatan dariNya. Untuk itu, pihak sekolah telah menyertai program solat hajat bersama pihak PPD Petaling Utama untuk murid-murid UPSR.

PROGRAM: PROGRAM SOLAT HAJAT SERTA BACAAN YASIN SEMPENA UPSR 2019
TARIKH : 22HB OGOS 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : MASJID DATO'HAJI KAMARUDDIN, KG BAIDURI
MASA : 5.30PTG HINGGA 10.00MALAM
PENGANJUR BERSAMA : MASJID DATO'HAJI KAMARUDDIN & SK KG TUNKU DENGAN KERJASAMA PPD PETALING UTAMA

Selain solat Maghrib, Isyak dan solat hajat berjemaah, turut diadakan bacaan Yasin dan ceramah motivasi pada sebelah petang dan selepas Maghrib. Ibubapa murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR juga turut hadir mengimarahkan program solat hajat ini.


Sambutan Hari Guru 2019

April 30, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sambutan Hari Guru yang tidak pernah dilupakan setiap tahun, telah disambut sedikit awal pada tahun ini bagi menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba serta meraikan guru-guru di sekolah dalam suasana lebih meriah.

Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini ialah, 

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

MAJLIS : SAMBUTAN HARI GURU 2019
TARIKH : 29HB APRIL 2019 (ISNIN)
TEMPAT : SKJS(1), PJ


Kemeriahan Gerai Jualan Sempena Temasya Sukan SKJS(1) 2019

April 17, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sempena temasya sukan tahunan kali ke-48, PIBG sekolah seperti tahun-tahun sebelumnya akan membuka peluang kepada sesiapa yang ingin membuka meja jualan. Untuk tahun ini, sambutan penyertaan adalah sangat menggalakkan dengan 9 buah meja jualan berjaya dibuka sepanjang kejohanan itu berlangsung.

Pelbagai jenis jualan yang disediakan, antaranya makanan, barang perhiasan dan SSPN.