Memaparkan catatan dengan label Pasca UPSR 2019. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pasca UPSR 2019. Papar semua catatan

Hari Anugerah Cemerlang 2019 & Penyampaian Sijil Tamat Tahun 6

November 18, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kemuncak program sekolah diteruskan lagi dengan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019 & Penyampaian Sijil Tamat Sekolah Tahun 6 pada pertengahan bulan November. 

Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Yusoff dan diserikan dengan kehadiran jemputan VIP yang turut menyaksikan anak-anak cemerlang menerima sijil dan hadiah di atas keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan akhir tahun.

PROGRAM : MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2019 & PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT TAHUN 6
TARIKH : 13 NOVEMBER 2019
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 8.30 PAGI SEHINGGA 12.30 TENGAHARI


PASCA UPSR | Kem AKBAL

Oktober 15, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Program Pasca UPSR diteruskan lagi dengan penganjuran Kem AKBAL dibawah Panitia Pendidikan Islam. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan murid-murid Islam Tahun 6 tentang hukum-hakam tentang agama dalam menjadikan ia sebagai cara hidup.

PROGRAM : KEM AKBAL (AKIL BALIGH)
TARIKH : 5HB NOVEMBER 2019
TEMPAT : SURAU PEREMPUAN
PENGLIBATAN : MURID-,MURID ISLAM TAHUN 6
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


PASCA UPSR | EKSPERIMEN SAINS (Saintis Muda)

Oktober 11, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada minggu lepas, aktiviti Pasca UPSR diteruskan dengan eksperimen sains oleh murid-murid Tahun 6. Eksperimen dijalankan secara berkumpulan dan setiap kumpulan perlu menunjukkan kaedah yang digunapakai dalam eksperimen masing-masing serta perlu menerangkan kepada guru-guru.



Majlis Hi-Tea Tahun 6 Di Hotel Armada, PJ

Oktober 07, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini, murid-murid Tahun 6 telah diraikan dalam satu majlis Hi-Tea bertempat di Utara Coffee House, Hotel Armada, Petaling Jaya. Majlis Hi-Tea tersebut turut dineriahkan dengan kehadiran Guru Besar, Pn Norliza, YDP PIBG, Pn Airudiza serta guru-guru.

MAJLIS : MAJLIS HI-TEA MURID TAHUN 6
TARIKH : 5HB OKTOBER 2019 (SABTU)
TEMPAT : UTARA COFFEE HOUSE, HOTEL ARMADA PJ