Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pengenalan
Kebersihan diri merupakan aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Sikap menjaga kebersihan ini perlu dipupuk dari kecil lagi. Kebersihan tangan khususnya sangat penting. Kebersihan tangan perlu dijaga untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit. Maka, pendedahan tentang kebersihan tangan haruslah ditekankan dalam kalangan murid.
PROGRAM : TANGANKU BERSIH
TARIKH : 17HB MEI 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
ANJURAN : UNIT 3K (UNIT KESIHATAN)
PESERTA : SEMUA MURID SKJS(1)
Rasional
Kebersihan tangan menjamin kesihatan yang sejahtera dalam kalangan murid. Menanam sikap menjaga kebersihan sangat penting dan perlu disemaikan dalam kalangan murid supaya sentiasa mengamalkannya tidak kira di sekolah atau di rumah dan di mana-mana sahaja.
Objektif Program
- Murid dapat menjaga kebersihan tangan selepas menggunakan tandas, mencuci tangan sebelum dan selepas makan
- Mencuci tangan dengan cara yang betul
- Memupuk nilai murni dalam kalangan murid iaitu kebersihan diri.
Pelancaran Program Tanganku Bersih oleh
Pen. Kanan HEM, Cikgu Azidi
Taklimat disampaikan oleh Cikgu Raj
Murid-murid juga turut diajar cara membasuh tangan yang betul. Demonstrasi membasuh tangan telah ditunjukkan oleh kakak-kakak dari Tahun 5.
EmoticonEmoticon