Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Ramadan yang kunjung tiba buat sekian kalinya menjanjikan barakah buat kita semua. Ketibaannya memang ditunggu oleh seluruh umat Islam kerana Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan ketenangan dan keharmonian.
Justeru, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG SK Jalan Selangor (Satu) telah mengaturkan beberapa program bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar, para guru dan kakitangan menjalani ibadah puasa dengan lebih bersemangat dan penuh ketakwaan.
Antaranya, Program Iftar Jam'ie yang telah selamat berlangsung baru-baru ini. Syukur alhamdulillah sambutan majlis berbuka puasa ini berjalan lancar dan dipermudahkan.
Objektif Program Iftar Jam'ie :
- Merapatkan hubungan kemersraan antara pentadbir, guru-guru, warga sekolah, murid-murid dan PIBG sekolah
- Merapatkan hubungan kemesraan antara pentadbir dan guru-guru serta pelajar
- Memberi ruang dan peluang kepada mereka yang ingin beramal jariah di bulan Ramadan Al Mubarak.
Tentatif Program :
6:45pm - Pendaftaran Ibubapa. Semua murid dan guru mengambil tempat
7:00pm - Bacaan Yasin beramai-ramai di dalam Dewan Zamrud
7:15pm - Mengambil tempat di kantin dan bersedia untuk azan maghrib dan berbuka puasa
7:30pm - Solat Maghrib berjemaah di Dewan Zamrud
8:00pm - Jamuan makan
8:30pm - Solat Isyak berjemaah
- Solat Terawih berjemaah
9:45pm - Ucapan Guru Besar
10:00pm - Majlis bersurai
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ibubapa, guru-guru dan murid-murid SK Jalan Selangor (Satu) yang sudi meluangkan masa menghadiri dan memeriahkan majlis berbuka puasa ini.
Tidak lupa juga mereka yang telah menyumbangkan makanan secara potluck dengan juadah berbuka puasa yang pelbagai menjadikan majlis ini lebih meriah.
Moga ibadah puasa dan amal jariah kita semua mendapat ganjaran dan keberkatan yang berlipat ganda, juga menjadikan anak-anak kita anak-anak yang soleh dan solehah dunia dan akhirat.
Disediakan oleh : Hanim Hashim
2 comments
Write commentsTerbaiklah.semoga ikatan ibupada dengan guru.harap kekal selama-lamanya
Replyaaminnn
ReplyEmoticonEmoticon