Kemeriahan Kejohanan Bowling Guru & Ibubapa SKJS(1) Di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid

Mei 07, 2018


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada hari Sabtu yang lepas, telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Bowling Guru & Ibubapa bertempat di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid. Acara yang julung-julung kali diadakan atas inisiatif PIBG & para guru SKJS(1) ini telah berjaya menarik penyertaan ibubapa yang sangat sporting dan tinggi semangat kesukanan.

Di samping itu, tujuan utama acara bowling ini diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah silaturrahim antara ibubapa dan para guru dalam suasana lebih santai dan mesra.

ACARA : KEJOHANAN BOWLING GURU & IBUBAPA SKJS(1)
TARIH : 5HB MEI 2018
MASA : 3.30PM - 5.30PM
TEMPAT : SUNWAY MEGA LANES, SUNWAY PYRAMID
PENYERTAAN : IBUBAPA & GURU-GURU SKJS(1)



Terdapat 10 pasukan yang terdiri daripada seorang guru dan 3 orang ibubapa dalam satu pasukan. Kami bermain dalam 3 game dan jatuhan pin terbanyak yang dikutip oleh pasukan akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Ternyata bakat sukan terpendam yang dimiliki oleh guru-guru dan ibubapa terserlah di acara kejohanan bowling kali pertama ini. 




















Tibalah masa bagi mengumumkan keputusan pasukan manakah yang menjadi juara keseluruhan bagi acara bowling. Pengumuman dibuat oleh Naib YDP PIBG, Puan Airudiza dan penyampaian hadiah disampaikan oleh YDP PIBG, Puan Hamidah Jaafar.


Pengumuman keputusan oleh Puan Airudiza


Pengumuman keputusan dimulakan dengan penyampaian hadiah saguhati untuk tempat ke-10 sehingga ke tempat ke-6 dan penyampaian pingat serta hadiah bagi tempat ke-5 sehingga juara.


Tempat ke-10

Tempat ke-9

Tempat ke-8

Tempat ke-7

Tempat ke-6

Tempat ke-5

Tempat ke-4

Tempat ke-3

Naib Johan


Juara keseluruhan bagi Kejohanan Bowling Guru & Ibubapa SKJS(1) kali pertama pada tahun 2018 telah dimenangi oleh Kumpulan 1 dengan jatuhan pin terbanyak iaitu 1336 pin kesemuanya. 

Tahniah kepada semua pasukan!


JUARA BOWLING GURU & IBUBAPA SKJS(1) 2018


Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SKJS(1) terutama yang telah menjayakan Kejohanan Bowling SKJS(1) kali pertama ini. Tanpa sokongan dan kesudian ibubapa dan guru-guru untuk hadir menjayakan acara ini, maka sudah pasti misi untuk mengeratkan sillaturahim tidak akan tercapai.

Terima kasih juga diucapkan kepada AJK PIBG SKJS(1) & para guru yang telah menyumbang tenaga bagi memastikan kelancaran program walaupun ia kali pertama bagi semua. 



Disediakan oleh : Hanim Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
22 Mei 2018 pada 1:38 PTG delete

Tahniah dan terima kepada AJK PIBG dan semua ibu bapa yang banyak membantu dan menyokong program sekolah. Semoga SKJS1 terus maju.

Reply
avatar