Raikan Guru Sempena Hari Guru 2018

Mei 16, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh istimewa bagi warga  pendidik seluruh negara kerana pada hari tersebut adalah Hari Guru peringkat kebangsaan.

Sek. Keb Jalan Selangor (Satu) tidak ketinggalan meraikan guru-gurunya sempena Hari Guru pada Isnin lepas dengan pelbagai aktiviti menarik dan jamuan makan sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan usaha mereka mendidik anak-anak kita di sekolah. 

Untuk makluman, tema Hari Guru bagi tahun 2018 ialah 'Guru Pemacu Transformasi Pendidikan'. 

MAJLIS : SAMBUTAN HARI GURU 2018 SKJS(1)
TARIKH : 14 MEI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD



Ucapan oleh NYDP PIBG, Pn Airudiza





Guru-guru dibahagikan kepada 3 kumpulan, dan setiap kumpulan perlu melakonkan sketsa adegan-adegan dalam filem P.Ramlee selama 3 minit. Selain itu, acara teka-teki untuk guru-guru juga diadakan.










Syukur alhamdulillah majlis sambutan berjalan lancar dan meriah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada SJK PIBG SKJS(1) yang telah berhempas pulas menjayakan acara meraikan guru-guru pada sambutan kali ini.

Turut dihargai ibubapa yang telah menyumbangkan makanan untuk murid-murid serta kek-kek yang cantik dan lazat. Jasa kalian sangat dihargai.










Akhir sekali, jutaan terima kasih dan sekalung tahniah kepada semua warga pendidik SKJS(1) yang sentiasa berusaha untuk membantu para pelajar dalam bidang akademik dan sahsiah. Semoga guru-guru semua terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan anak-anak kami di sekolah.


Disediakan oleh : Hanim Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »