Kejohanan Catur MSSD Petaling Utama 2019

April 11, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada awal bulan ini, satu kejohanan catur peringkat Petaling Utama telah diadakan di SMK (P) Sri Aman. Pihak sekolah telah menghantar 4 orang wakil pelajar bagi menyertai kejohanan tersebut. 

Kejohanan catur MSSD Petaling Utama 2019 berlangsung selama 3 hari membabitkan penyertaan lebih 30 buah sekolah sekitar daerah Petaling Utama.

PERTANDINGAN : KEJOHANAN CATUR MSSD PETALING UTAMA 2019
KATEGORI : BAWAH 12 TAHUN
TARIKH : 2-4HB APRIL 2019
TEMPAT : SMK(P) SRI AMAN 
MASA : 8.00AM - 2.00PM



Terdapat dua kategori yang dipertandingkan, iaitu kategori individu dan pasukan. Para peserta perlu bermain sebanyak 8 pusingan sebelum keputusan markah keseluruhan diumumkan. 

Untuk makluman, SKJS(1) menduduki tempat ke-16 dari 30 buah sekolah yang mengambil bahagian, satu pencapaian yang sangat memberangsangkan dan permulaan yang sangat baik untuk perkembangan sukan catur sekolah.




Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »