Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM

April 23, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru-baru ini, sekolah telah menghantar beberapa orang pelajar bagi menyertai Festival Nasyid Peringkat PPD Petaling Utama yang diadakan di SMK (L) Bukit Bintang. Sebanyak 8 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

PROGRAM : FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM
PERINGKAT : PPD PETALING UTAMA
TARIKH : 18HB APRIL 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : SMK(L)BUKIT BINTANG
GURU PENGIRING : USTAZAH HINDUN & USTAZ FAUZAN







Daripada 8 buah sekolah, SKJS(1) telah mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan nasyid kali ini, satu pencapaian yang positif dan bagus untuk perkembangan nasyid di sekolah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ustaz dan ustazah serta peserta yang telah berlatih bersungguh-sungguh untuk Festival Nasyid.


Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »