Sambutan Hari Guru 2019

April 30, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sambutan Hari Guru yang tidak pernah dilupakan setiap tahun, telah disambut sedikit awal pada tahun ini bagi menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba serta meraikan guru-guru di sekolah dalam suasana lebih meriah.

Tema sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan tahun ini ialah, 

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

MAJLIS : SAMBUTAN HARI GURU 2019
TARIKH : 29HB APRIL 2019 (ISNIN)
TEMPAT : SKJS(1), PJ





Lebih meriah, tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah 'orang kampung', maka guru-guru perlu memakai pakaian seperti orang kampung. Sambutan turut diserikan dengan jamuan, pemberian hadiah untuk guru-guru dari murid-murid serta permainan dan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah dan PIBG. Untuk itu, ibubapa bersama ajk PIBG telah turut sama turun padang untuk menyertai acara yang telah disediakan.









Majlis sambutan takkan bermakna tanpa persembahan dari para pelajar, Justeru, persembahan nyanyian dan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah turut dipersembahkan. Selain itu, acara permainan seperti futsal dan bola jaring yang disertai oleh ajk PIBG dan ibubapa serta guru telah menggamatkan lagi sambutan Hari Guru peringkat sekolah.















Tidak ketinggalan nyanyian karaoke dari ibubapa dan guru yang sangat sporting dan memberikan kerjasama yang baik demi memeriahkan lagi sambutan. Sedikit video untuk tontonan.









Syukur alhamdulillah majlis sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019 telah pun selamat dan berjaya dilaksanakan. Jutaan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua warga SKJS
(Satu) terutama para guru yang diraikan, barisan AJK PIBG, ibubapa yang hadir memeriahkan acara serta tak lupa pada semua murid SKJS(Satu) yang sangat menghormati dan menyayangi guru-guru.


Bagi pihak sekolah dan PIBG juga, kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada ibubapa yang ikhlas menyumbang kek, makanan serta hadiah untuk acara sambutan Hari Guru kali ini. Kerjasama dan sumbangan anda amat dihargai.

"Tak terhingga pengorbananmu, hingga aku besar kan ku ingat selalu"

#TerimaKasihCikgu

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »