Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan

Majlis Anugerah NILAM 2022

Disember 06, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tahniah dan syabas diucapkan pada adik Kirtana Jayaganesh yang telah menerima anugerah NILAM dalam satu majlis yang dianjurkan oleh MBPJ dan PPD Petaling Utama dengan kerjasama Petaling Jaya Learning City.


ACARA: MAJLIS ANUGERAH NILAM 2022

TARIKH : 6HB DISEMBER 2022

TEMPAT : DEWAN SIVIK, MBPJ




Program Jaya Waris Tahun 6

Februari 22, 2020 Add Comment
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Demi membentuk pemuafakatan antara ibubapa calon UPSR 2020 dengan pihak sekolah, satu program khas telah diadakan untuk pelajar Tahun 6 ini memberi ruang kepada ibubapa/penjaga mengetahui dengan lebih mendalam tentang pencapaian akademik anak-anak serta matlamat yang boleh dicapai untuk UPSR tahun ini.

PROGRAM : PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6
TARIKH : 21 FEBRUARI 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD



PASCA UPSR | Kem AKBAL

Oktober 15, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Program Pasca UPSR diteruskan lagi dengan penganjuran Kem AKBAL dibawah Panitia Pendidikan Islam. Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan murid-murid Islam Tahun 6 tentang hukum-hakam tentang agama dalam menjadikan ia sebagai cara hidup.

PROGRAM : KEM AKBAL (AKIL BALIGH)
TARIKH : 5HB NOVEMBER 2019
TEMPAT : SURAU PEREMPUAN
PENGLIBATAN : MURID-,MURID ISLAM TAHUN 6
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


Kem Bestari Solat Kali Kedua

Oktober 07, 2019 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru program kem bestari solat telah selamat dijalankan di sekolah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk semua murid yang beragama Islam dengan berkaitan solat dan dibimbing oleh guru-guru agama yang berkenaan.

PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT
TARIKH : 5HB OKTOBER 2019 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
PENGLIBATAN : MURID-MURID ISLAM TAHAP 1 & 2


Program Motivasi, Solat Hajat Dan Bacaan Yasin UPSR 2019

Ogos 29, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Peperiksaan UPSR semakin menghampiri harinya. Selain membuat persiapan dari segi ilmu dan latih tubi di sekolah, persiapan rohani juga amat penting demi memperolehi keberkatan dariNya. Untuk itu, pihak sekolah telah menyertai program solat hajat bersama pihak PPD Petaling Utama untuk murid-murid UPSR.

PROGRAM: PROGRAM SOLAT HAJAT SERTA BACAAN YASIN SEMPENA UPSR 2019
TARIKH : 22HB OGOS 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : MASJID DATO'HAJI KAMARUDDIN, KG BAIDURI
MASA : 5.30PTG HINGGA 10.00MALAM
PENGANJUR BERSAMA : MASJID DATO'HAJI KAMARUDDIN & SK KG TUNKU DENGAN KERJASAMA PPD PETALING UTAMA

Selain solat Maghrib, Isyak dan solat hajat berjemaah, turut diadakan bacaan Yasin dan ceramah motivasi pada sebelah petang dan selepas Maghrib. Ibubapa murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR juga turut hadir mengimarahkan program solat hajat ini.