Memaparkan catatan dengan label Majlis Perpisahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Perpisahan. Papar semua catatan

Jamuan Akhir Murid Tahun 6

Februari 25, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sudah tiba masanya murid-murid Tahun 6 meninggalkan sekolah rendah dan melangkah masuk ke alam baru persekolahan. Pastinya kenangan dan memori bersama kawan-kawan dan guru-guru di sekolah ini akan terpahat kemas dalam hati dan ingatan semua.


Terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan ibubapa yang menjayakan jamuan kecil untuk anak-anak murid Tahun 6.






Lambaian Kasih | Salam Perpisahan Buat Cikgu Raj

Januari 31, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Seorang lagi pendidik yang dihormati dan dikasihi akan berpindah ke sekolah baru. Cikgu Raj atau Sarvana Raj akan memulakan tugas di sekolah baru iaitu SK Taman Desa Minium, Puchong.


Satu majlis perpisahan telah diadakan bagi menghargai cikgu Raj di sekolah bersama-sama rakan guru dan murid-murid.












Selamat Maju Jaya Cikgu Jothi

Ogos 20, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Minggu lepas, warga SKJS(1) telah dikejutkan dengan berita perpindahan Cikgu Jothi ke sekolah baru ketika murid-murid Tahun 6 sedang bersiap sedia untuk menduduki peperiksaan akhir tahun. 


Sedikit perkongsian tentang Cikgu Jothi, beliau merupakan guru kelas Tahun 6 dan telah berkhidmat dengan penuh dedikasi selama berbelas tahun di SKJS(1).




Walaupun berat hati untuk melepaskan Cikgu Jothi terutama di waktu pandemik Covid-19 dan anak-anak murid terutama murid Tahun 6 masih memerlukan bimbingan beliau namun panggilan perkhidmatan perlu diutamakan. 


Cikgu Jothi telah pun berpindah dan memulakan tugas di SK Damansara Utama berkuatkuasa 16hb Ogos 2021 yang lalu. Buat Cikgu Jothi, warga SKJS(1) ingin mengucapkan selamat maju jaya di sekolah baru dan terima kasih kerana telah memberikan segalanya yang terbaik dari cikgu buat anak-anak SKJS(1). Kami pasti akan merindui cikgu!


Salam Perpisahan Buat Guru Besar

Julai 07, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pepatah ada mengatakan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun berat untuk diterima, namun perpisahan ini tidak dapat dielakkan. Begitulah juga dengan Guru Besar SKJS(1) yang disayangi, Pn Norliza yang telah bersama-sama memimpin dan mengharumkan nama sekolah dari tahun 2018 dan kini terpaksa menyahut panggilan perkhidmatan bagi meneruskan bakti mendidik anak-anak murid di sekolah lain.


Pn Airudiza menyampaikan cenderahati 
kepada Guru Besar, Pn. Norliza


Walaupun tiada majlis perpisahan dapat dilaksanakan, namun AJK PIBG dan sekolah telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan sedikit cenderahati buat Guru Besar, Pn Norliza sebagai tanda ingatan warga SKJS(1). Hadiah disampaikan sendiri oleh YDP PIBG, Pn. Airudiza. 


Untuk makluman, Pn Norliza telah berpindah ke SK Damansara Damai 1. Antara pencapaian beliau yang cemerlang pada tahun 2019, apabila SKJS(1) dinobatkan satu-satunya sekolah di PPD Petaling Utama yang memperolehi  keputusan 100% lulus UPSR. Pencapaian cemerlang ini juga memberi inspirasi kepada semua murid dan ibubapa SKJS(1) untuk meneruskan kecemerlangan di masa hadapan.



Bagi pihak sekolah SKJS(1), kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, Pn Norliza yang dikasihi atas kasih sayang dan bakti yang dicurahkan serta komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap anak-anak murid sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini. Selamat maju jaya di sekolah baru dengan semangat dan wawasan yang lebih jitu. Kami pasti akan merindui cikgu...

Lambaian Kasih | Majlis Perpisahan Cikgu Khairee

Februari 08, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada awal bulan Februari, satu majlis perpisahan untuk cikgu Khairee telah diadakan di Dewan Zamrud bersama guru-guru dan murid-murid. Cikgu Khairee merupakan Penolong Kanan 1 di SKJS(1) 

Untuk makluman, cikgu Khairee akan berpindah ke Pahang untuk meneruskan bakti dan khidmat beliau disana.

MAJLIS : LAMBAIAN KASIH, BAKTI DISANJUNG BUDI DIJUNJUNG
TARIKH : 3 FEBRUARI 2020 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD


Sanjungan Budi Lambaian Kasih | Majlis Perpisahan Cikgu Syafiqah dan Cikgu Siti Nazirah

November 26, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan sejahtera

Di hari terakhir sesi persekolahan 2019 bersamaan dengan 22 November 2019, satu majlis perpisahan buat Cikgu Syafiqah dan Cikgu Siti Nazirah telah diadakan di Dewan Zamrud bersama guru-guru dan semua murid.

Untuk makluman, Cikgu Siti Nazirah akan bertukar ke sebuah sekolah di Kuala Lumpur, manakala Cikgu Syafiqah akan berpindah ke Melaka.


Sanjungan Budi Kilauan Bakti | Majlis Perpisahan Cikgu Pathma

Januari 14, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Yang patah tumbuh, yang hilang akan berganti. Namun, takkan sama dengan kelembutan dan senyuman manis Cikgu Pathmalosini yang telah menawan hati ramai sehingga menjadi antara cikgu kesayangan murid di sekolah. 

Untuk makluman semua, Cikgu Pathma telah berpindah ke SK Kelana Jaya 1 setelah berkhidmat di sekolah ini selama lebih 15 tahun. Untuk itu, satu majlis perpisahan telah diadakan pada minggu lepas bagi mengenang jasa beliau dan peluang untuk murid-murid serta guru menyampaikan hadiah penghargaan.

MAJLIS : MAJLIS PERPISAHAN CIKGU PATHMA
TARIKH : 9 JANUARI 2019 (RABU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD,SKJS1

Turut mengiringi majlis ini adalah persembahan dari murid Tahap 2.


Sesaat Bersama Seabad Terasa | Majlis Perpisahan Guru Besar

September 04, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Walaupun berat untuk diterima, namun perpisahan ini tak dapat dielakkan. Minggu lepas merupakan minggu terakhir Cikgu Razwan berkhidmat sebagai Guru Besar setelah lebih kurang 2 tahun menabur bakti dan keringat di SKJS(1).

MAJLIS : SESAAT BERSAMA SEABAD TERASA (MAJLIS PERPISAHAN)
TARIKH : 30HB OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 11.00AM HINGGA 12.30TGHARI


Majlis Perpisahan Cikgu Norazian & Cikgu Alia

Januari 08, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Yang patah akan tumbuh
Yang hilang akan berganti

Begitulah kehidupan manusia, setiap pertemuan akan ada perpisahan. Kenangan bersama cikgu-cikgu sepanjang tempoh mereka berkhidmat di SKJS (1) pasti akan dikenang sampai bila-bila terutama oleh semua murid yang pernah belajar dengan mereka.

Untuk rekod, Cikgu Azian akan berpindah ke SK Kota Damansara dan Cikgu Alia bakal berpindah ke SK Putrajaya.