Semak Keputusan Ujian 1 Di Laman SAPS

April 13, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Keputusan Ujian 1 telah pun diperolehi dan ibubapa boleh menyemak keputusan anak masing-masing di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk mengetahui markah setiap subjek dan kedudukan pelajar dalam kelas.





Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan

1. Pergi ke laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php , masukkan No. MyKid anak dan klik 'Cari'

2. Untuk carian sekolah, pilih negeri 'Selangor' dan klik 'Cari Di Sini'. Paparan senarai sekolah seluruh Selangor akan keluar, ibubapa perlu menaip 'Jalan Selangor' dan nama/alamat sekolah SK Jalan Selangor (Satu) akan keluar. Klik pada nama sekolah tersebut. Lihat Gambar 1 untuk rujukan


Gambar 1


3. Klik 'Semak' dan paparan semak slip peperiksaan pelajar akan keluar. Klik pada 'Pilih Tahun' dan pilih 2018. 

4. Kemudian, pilih jenis peperiksaan dan klik pada 'Ujian 1'. Klik 'Papar Slip Keputusan' untuk mengetahui markah setiap subjek. Lihat Gambar 2 untuk rujukan


Gambar 2




Disediakan oleh : Hanim Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »