Kemeriahan Gerai Jualan Di Hari Kejohanan Sukan Tahunan

April 20, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Sempena kejohanan sukan tahunan SKJS(1) yang ke-47, PIBG sekolah telah memberi peluang kepada ibubapa yang berminat untuk membuka gerai jualan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dimana sebanyak 6 buah gerai telah dibuka pada hari sukan.

Pelbagai jenis makanan dijual pada hari tersebut seperti nasi lemak, mihun goreng, kek cawan, sandwich telur, sosej goreng, rojak buah, air kotak, air mineral, makaroni goreng dan banyak lagi.















Antara yang membuka gerai jualan ialah dari Badan Kebajikan Guru SKJS(1), PIBG dan selebihnya ibubapa. YDP PIBG SKJS(1) yang diiringi oleh Guru Besar turut membuat lawatan singkat ke gerai-gerai jualan tersebut.










Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKJS(1) dan ibubapa yang memeriahkan gerai jualan pada hari kejohanan tersebut. 


Disediakan oleh : Hanim Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »