Memaparkan catatan dengan label Akademik 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Akademik 2018. Papar semua catatan

Penyampaian Penghargaan Kepada Murid Cemerlang UPSR 2018

November 19, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019 baru-baru ini, tiga orang bekas pelajar SK Jalan Selangor (Satu) telah menerima hadiah penghargaan dari pihak sekolah atas kecemerlangan mereka dalam keputusan UPSR 2018. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Mohd. Yusoff.


Hanina Fashahah Binti Mohamad Zainurin, 6A

Hari Anugerah Cemerlang 2018 & Majlis Graduasi Tahun 6

November 28, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah majlis anugerah cemerlang dan majlis graduasi Tahun 6 telah pun selamat diadakan pada pertengahan bulan November ini. Setiap tahun, pihak sekolah tidak ketinggalan meraikan penghargaan dan kecemerlangan para pelajar yang telah berusaha dalam peperiksaan.

Turut diraikan juga adalah graduasi pelajar-pelajar Tahun 6 yang berjaya menamatkan sekolah rendah dan bakal memasuki sekolah menengah tahun hadapan.

PROGRAM : MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018
TARIKH : 15 NOVEMBER 2018  (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SK JALAN SELANGOR (1)
MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI

Hari Terbuka (Report Card Day)

Julai 17, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

PROGRAM : HARI TERBUKA SKJS(SATU)
TARIKH : 14HB JULAI 2018 (SABTU )
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 9.30 AM - 12.00 TGHARI

Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah telah mengadakan Hari Terbuka untuk ibubapa mendapatkan laporan prestasi pencapaian akademik anak masing-masing melalui guru kelas.

Perjumpaan diadakan di Dewan Zamrud bermula pada pukul 10pagi sehingga tengahari. Terlebih dahulu, satu taklimat ringkas disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Khairee.



English Day Programme | Learning Grammar Is Fun

Jun 06, 2018 Add Comment

Assalamualaikum and selamat sejahtera

Since English has become our second language after Bahasa Melayu, it is important to encourage our students to take the chance to learn in the most effective way so that it will benefit them in the future.

Learning English is not merely to pass the exam, but it develops more skills involving two systems of speech, writing and structure. Therefore, the process needs to be fun and understandable by the students in order for them to gain knowledge and mastering the language correctly.



Semak Keputusan Ujian 1 Di Laman SAPS

April 13, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Keputusan Ujian 1 telah pun diperolehi dan ibubapa boleh menyemak keputusan anak masing-masing di laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk mengetahui markah setiap subjek dan kedudukan pelajar dalam kelas.



BENGKEL SIFIRIA - Penyelesaian Tanpa Hafalan

Mac 01, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Baru-baru ini pihak sekolah telah menjemput SIFIRIA CARE LEARNING untuk berkongsi teknik dan cara penyelesaian sifir tanpa perlu menghafal. Bengkel ini telah mendapat keizinan dan persetujuan dari Guru Besar dan Panitia Matematik yang bersemangat dan bersungguh untuk membasmi buta sifir dikalangan pelajar.

PROGRAM : BENGKEL SIFIRIA
TARIKH : 27HB FEBRUARI 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
SASARAN : MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

OBJEKTIF 

Antaranya : 
  1. Menjadikan sifir satu kelaziman dalam pembelajaran dan kehidupan
  2. Menarik minat pelajar untuk lebih reaktif dalam penyelesaian
  3. Menjana dan mengaktifkan otak kiri dan kanan
  4. Memahirkan jati diri dalam penyelesaian masalah.

KUMPULAN SASARAN 

Murid Tahun 1 hingga Tahun 6

KANDUNGAN DAN METODOLOGI

Penyampaian - Jurulatih
Demonstrasi -  Teknik jari

Praktikal - Bersama pelajar