Memaparkan catatan dengan label UPSR 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UPSR 2018. Papar semua catatan

Penyampaian Penghargaan Kepada Murid Cemerlang UPSR 2018

November 19, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Di majlis Hari Anugerah Cemerlang 2019 baru-baru ini, tiga orang bekas pelajar SK Jalan Selangor (Satu) telah menerima hadiah penghargaan dari pihak sekolah atas kecemerlangan mereka dalam keputusan UPSR 2018. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza Mohd. Yusoff.


Hanina Fashahah Binti Mohamad Zainurin, 6A

Makluman Kehadiran Murid Semasa Peperiksaan UPSR 2018

September 21, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Surat makluman kehadiran murid semasa peperiksaan UPSR 2018 telah pun diedarkan kepada semua murid. Diminta ibubapa ambil maklum dengan pemberitahuan ini.

Buat murid-murid UPSR, warga sekolah SKJS(1) mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan lancar. Warga sekolah mendoakan agar semua urusan dipermudahkan dan semua murid UPSR beroleh kejayaan.




Perkampungan UPSR Siri 1

Julai 31, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Demi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjengah pada bulan September ini, pihak sekolah khususnya warga pendidik telah mengambil inisiatif bagi memperkukuh persiapan pelajar-pelajar Tahun 6 dalam jangka masa kurang dari 2 bulan.

Antara program yang telah dirancang ialah Perkampungan UPSR SIRI 1 yang telah pun berlangsung selama 3 hari di sekolah.

PROGRAM : PERKAMPUNGAN UPSR SIRI 1
TARIKH : 27HB HINGGA 29HB JULAI 2018
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (SATU)
SUBJEK : BAHASA MELAYU & SAINS
SASARAN MURID : PELAJAR TAHUN 6
PENCERAMAH MOTIVASI : 
  1. CIK SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI (PELAJAR PERAKAUNAN UNIVERSITI MALAYA)
  2. CIK GAYATHRI MURALI  (PELAJAR PERUBATAN - RUSIA)



Program Mentor Mentee Tahun 6 | KLINIK MATEMATIK

Julai 19, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Dimaklumkan bahawa mulai 18hb Julai 2018, Program Mentor Mentee akan berlangsung pada setiap hari Rabu bermula jam 2pm hingga 4 pm

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6
TARIKH : SETIAP RABU
MASA : 2PM HINGGA 4PM
KUMPULAN SASARAN : MURID-MURID TAHUN 6
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING