Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah. Papar semua catatan

Latihan Kebakaran

Mac 09, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu pertama bulan Mac dimulakan dengan program latihan kebakaran bersama pasukan bomba Petaling Jaya melibatkan murid-murid Tahap 1 & 2.

PROGRAM : LATIHAN KEBAKARAN
TARIKH : 5HB MAC 2020 (KHAMIS)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SKJS(1)

Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid, guru-guru dan warga sekolah dengan pengetahuan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

Latihan dimulakan dengan semua murid bergerak dengan pantas dan teratur mengikut kelas masing-masing ketika loceng kecemasan dibunyikan dan berkumpul di padang sekolah. Selepas itu, pasukan bomba menunjukkan cara-cara memadam api yang betul.


Kejohanan Merentas Desa 2020

Februari 29, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Setiap tahun, program merentas desa peringkat sekolah menjadi antara agenda sukan sekolah yang wajib bagi melahirkan pelajar sihat dan cergas. Tahun ini, acara merentas desa bagi Tahap 2 dan sukaneka bagi murid-murid Tahap 1 telah pun selamat diadakan pada minggu lepas.

ACARA : PROGRAM MERENTAS DESA 2020
TARIKH : 28 FEBRUARI 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : KAWASAN SEKOLAH

Program dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan iaitu senamrobik beramai-ramai. Kemudian, peserta bersedia untuk larian merentas desa, sementara murid-murid Tahun 1 & 2 bersedia untuk bersukaneka.


Program Jaya Waris Tahun 6

Februari 22, 2020 Add Comment
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Demi membentuk pemuafakatan antara ibubapa calon UPSR 2020 dengan pihak sekolah, satu program khas telah diadakan untuk pelajar Tahun 6 ini memberi ruang kepada ibubapa/penjaga mengetahui dengan lebih mendalam tentang pencapaian akademik anak-anak serta matlamat yang boleh dicapai untuk UPSR tahun ini.

PROGRAM : PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6
TARIKH : 21 FEBRUARI 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD



Majlis Permuafakatan Program Jom Ke Sekolah

Februari 19, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu majlis pelancaran pemuafakatan KPM & PDRM telah diadakan di sekolah baru-baru ini. Majlis tersebut berlangsung dengan kehadiran wakil dari PDRM bagi merasmikan 

PROGRAM : MAJLIS PEMUAFAKATAN KPM & PDRM (PROGRAM JOM KE SEKOLAH)
TARIKH : 17 FEBRUARI 2020 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD