Hari Anugerah Cemerlang 2018 & Majlis Graduasi Tahun 6
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah majlis anugerah cemerlang dan majlis graduasi Tahun 6 telah pun selamat diadakan pada pertengahan bulan November ini. Setiap tahun, pihak sekolah tidak ketinggalan meraikan penghargaan dan kecemerlangan para pelajar yang telah berusaha dalam peperiksaan.
Turut diraikan juga adalah graduasi pelajar-pelajar Tahun 6 yang berjaya menamatkan sekolah rendah dan bakal memasuki sekolah menengah tahun hadapan.
PROGRAM : MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018
TARIKH : 15 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SK JALAN SELANGOR (1)
MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI
Sambutan Hari Kanak-Kanak 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Kanak-kanak yang disambut setiap 20hb November. Untuk tahun 2018, sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 21 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu.
ACARA : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
TEMPAT : PAVILION SEKOLAH
MASA : 9.00pagi - 12tengahari
JEMPUTAN : GURU-GURU, MURID-MURID & IBUBAPA
Pelbagai aktiviti telah disusun oleh guru-guru yang terlibat bagi memeriahkan acara sambutan tersebut. Setiap murid perlu memakai baju mengikut tema yang diberikan, dan pada tahun ini temanya ialah Kain Sarong Batik.
Selain persembahan tarian, terdapat juga beberapa acara pertandingan untuk murid-murid yang mengambil bahagian. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada murid yang menang.
Jamuan Akhir Tahun 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, sekolah dengan kerjasama AJK PIBG telah berjaya mengadakan satu jamuan akhir tahun untuk meraikan para guru (BAKAF) dan barisan AJK PIBG dalam satu jamuan yang sederhana namun meriah.
Majlis ini turut memberi penghargaan kepada para guru dan ajk-ajk PIBG serta pihak pentadbiran sekolah dengan acara cabutan hadiah bertuah dan sijil serta piala penghargaan.
Barisan AJK PIBG sekolah turut menerima hadiah penghargaan dari sekolah dan cenderahati sumbangan ikhlas dari kalan rakan AJK ibubapa sendiri.
Hari Bakat (Bintang Cilik 2018)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Bagi mencungkil bakat seni dan persembahan di kalangan murid-murid, satu program Bintang Cilik 2018 telah diadakan di sekolah baru-baru ini. Penyertaan murid-murid adalah dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.
Pelbagai persembahan oleh setiap kumpulan telah dipertontonkan kepada guru-guru dan murid-murid lain. Antaranya ialah nyanyian, tarian dan sketksa.
PROGRAM : HARI BAKAT (BINTANG CILIK 2018)
TARIKH : 19 NOVEMBER 2018 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PENYERTAAN : MURID TAHUN 1 SEHINGGA TAHUN 6
Lawatan Ke Farm In The City & Putrajaya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pada penghujung bulan Oktober yang lepas, sekolah telah mengadakan satu program lawatan sehari ke dua tempat melibatkan pelajar-pelajar Tahap 2. Kesemua pelajar yang terlibat telah berkumpul di sekolah seawal jam 7.00 pagi sebelum bertolak menaiki bas.
LAWATAN : FARM IN THE CITY & PUTRAJAYA
TARIKH : 31HB OKTOBER 2018 (RABU)
MASA : 7.30PAGI SEHINGGA 4.30PETANG
PENGLIBATAN : PELAJAR-PELAJAR TAHAP 2
FARM IN THE CITY
Minggu Kokurikulum - Majlis Penyampaian Hadiah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Peperiksaan Akhir Tahun telah pun berakhir, program sekolah diteruskan dengan Minggu Kokurikulum yang bermula dari 29 Oktober sehingaa 2 November 2018.
Pelbagai aktiviti dan permainan telah dirancang sepanjang minggu untuk murid-murid Tahap 2, dan kini telah tiba untuk majlis penyampaian hadiah.
PROGRAM : MINGGU KOKO
AKTIVITI : PENYAMPAIAN HADIAH
TARIKH : 2 NOVEMBER 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : PAVILION SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2
PROGRAM : MINGGU KOKO
AKTIVITI : PENYAMPAIAN HADIAH
TARIKH : 2 NOVEMBER 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : PAVILION SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2
Minggu Kokurikulum - Explore Race Run
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Peperiksaan Akhir Tahun telah pun berakhir, program sekolah diteruskan dengan Minggu Kokurikulum yang bermula dari 29 Oktober sehingaa 2 November 2018.
Pelbagai aktiviti dan permainan telah dirancang sepanjang minggu untuk murid-murid Tahap 2, antaranya Explore Race Run mengikut unit badan beruniform masing-masing.
PROGRAM : MINGGU KOKO
AKTIVITI : EXPLORE RACE RUN
TARIKH : 1 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : GELANGGANG SUKAN SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2
PROGRAM : MINGGU KOKO
AKTIVITI : EXPLORE RACE RUN
TARIKH : 1 NOVEMBER 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : GELANGGANG SUKAN SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2
Makluman Cuti Perayaan dan Cuti Peristiwa Sempena Perayaan Deepavali 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Merujuk kepada surat dibawah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan cuti perayaan dan cuti peristiwa sempena perayaan Deepavali ada pada ketentuan berikut :
Cuti Perayaan
05-07 November 2018 (Isnin - Rabu)
Cuti Peristiwa
08-09 November 2018 (Khamis - Jumaat)
Sekolah akan dibuka semula pada 12 November 2018 (Isnin). Surat makluman telah pun diedarkan kepada semua murid. Harap ibubapa ambil maklum.
Anugerah Premis Bersih 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kebersihan adalah salah satu kunci kejayaan. Baru-baru ini, kantin sekolah telah mendapat pengiktirafan dari Majlis Bandaran Petaling Jaya (MBPJ) iaitu Anugerah Permis Bersih 2018.
Anugerah itu diadakan sebagai penghargaan dan mengiktiraf pengusaha premis makanan yang mematuhi piawaian keselamatan dan kualiti makanan.
kredit : fb MBPJ
Minggu Kokurikulum - Pertandingan Kawad Kaki & Gajet
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Peperiksaan Akhir Tahun telah pun berakhir, program sekolah diteruskan dengan Minggu Kokurikulum yang bermula dari 29 Oktober sehingaa 2 November 2018.
Pelbagai aktiviti dan permainan telah dirancang sepanjang minggu untuk murid-murid Tahap 2, antaranya pertandingan kawad kaki dan gajet.
PROGRAM : MINGGU KOKO
AKTIVITI : PERTANDINGAN KAWAD KAKI & GAJET
TARIKH : 31 OKTOBER 2018 (RABU)
TEMPAT : GELANGGANG SUKAN SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2
PROGRAM : MINGGU KOKO
AKTIVITI : PERTANDINGAN KAWAD KAKI & GAJET
TARIKH : 31 OKTOBER 2018 (RABU)
TEMPAT : GELANGGANG SUKAN SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2
KAWAD KAKI
Minggu Kokurikulum - Futsal
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Peperiksaan Akhir Tahun telah pun berakhir, program sekolah diteruskan dengan Minggu Kokurikulum yang bermula dari 29 Oktober sehingaa 2 November 2018.
Pelbagai aktiviti dan permainan telah dirancang sepanjang minggu untuk murid-murid Tahap 2, antaranya perlawanan futsal.
Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Minggu lepas, pihak sekolah telah mengadakan program perkhemahan unit badan beruniform untuk Tahun 4,5 & 6 di sekolah. Perkhemahan selama 2 hari 1 malam telah mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar. Ia telah diadakan di SKJS(1) dibawah unit kokurikulum sekolah.
PROGRAM : PERKHEMAHAN UNIT BADAN BERUNIFORM
TARIKH : 26 & 27 OKTOBER 2018 (JUMAAT & SABTU)
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (1)
PASCA UPSR | Seni & Kreativiti
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan khusus untuk para pelajar Tahun 6 yang telah selesai menduduki UPSR September lepas. Antara aktiviti yang diadakan adalah dari Panitia Seni Visual. Minggu ini para pelajar telah menghasilkan pasu bunga dengan menggunakan sudu plastik mengikut kreativiti masing-masing.
HARI SUKAN NEGARA 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Minggu lepas telah berlangsungnya aktiviti sukan bersempena dengan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan. Warga SK Jalan Selangor (Satu) tidak ketinggalan menyahut seruan sihat dengan mengadakan aktiviti kesihatan dan kecergasan untuk murid-murid dan guru-guru yang terlibat.
PROGRAM : HARI SUKAN NEGARA 2018
TARIKH : 13HB OKTOBER 2018 (SABTU)
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (SATU)
MASA : 7.30PAGI HINGGA 10.15PAGI
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2
Kem Bestari Solat (j-Qaf) Kali Ke-2
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Program Kem Bestari Solat yang pertama telah dijalankan di sekolah pada minggu lepas dengan penglibatan pelajar-pelajar Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT
TARIKH : 29 SEPTEMBER 2018
MASA : 7.30PAGI - 2.30PETANG
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD , SKJS(1)
PENGLIBATAN : PELAJAR-PELAJAR ISLAM DARI TAHUN 1-6
GURU : USTAZAH HINDUN
Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Minggu lepas warga SKJS(1) telah mengadakan satu majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan 2018 di sekolah. Pelbagai aktiviti dan acara telah dipertandingkan untuk semua murid yang terlibat.
PROGRAM : MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BUKAN KEMERDEKAAN 2018
TARIKH : 21HB SEPTEMBER 2018
MASA : 7.45PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)
Makluman Kehadiran Murid Semasa Peperiksaan UPSR 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Surat makluman kehadiran murid semasa peperiksaan UPSR 2018 telah pun diedarkan kepada semua murid. Diminta ibubapa ambil maklum dengan pemberitahuan ini.
Buat murid-murid UPSR, warga sekolah SKJS(1) mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan lancar. Warga sekolah mendoakan agar semua urusan dipermudahkan dan semua murid UPSR beroleh kejayaan.
Sesaat Bersama Seabad Terasa | Majlis Perpisahan Guru Besar
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Setiap pertemuan pasti akan disusuli dengan perpisahan. Walaupun berat untuk diterima, namun perpisahan ini tak dapat dielakkan. Minggu lepas merupakan minggu terakhir Cikgu Razwan berkhidmat sebagai Guru Besar setelah lebih kurang 2 tahun menabur bakti dan keringat di SKJS(1).
MAJLIS : SESAAT BERSAMA SEABAD TERASA (MAJLIS PERPISAHAN)
TARIKH : 30HB OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 11.00AM HINGGA 12.30TGHARI
Program Ambang Merdeka 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61, SKJS(1) telah mengadakan beberapa aktiviti di sekolah yang melibatkan pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
PROGRAM : AMBANG MERDEKA
TARIKH : 30HB OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD & KAWASAN SEKOLAH SKJS(1)
PENGLIBATAN : TAHAP 1 - KRAF TRADISIONAL
TAHAP 2 - JEJAK-JEJAK PATRIOTIK (ALA-ALA TREASURE HUNT)
ANJURAN : PANITIA SEJARAH, PANITIA SENI VISUAL, PANITIA BAHASA MELAYU & PANITIA BAHASA INGGERIS
TAHAP 1 - KRAF TRADISIONAL
Murid-murid Tahun 1-3 perlu menyediakan satu kraf tradisional yang melambangkan lambang/budaya hidup bermasyarakat di Malaysia.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 61
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Warga sekolah SK Jalan Selangor (Satu) ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 61 kepada semua murid-murid, ibubapa dan seluruh rakyat Malaysia.
Sambutlah hari yang penuh bersejarah ini dengan penuh kesyukuran dan perpaduan sesama kita. Moga Malaysia terus maju, aman, bersatu padu dan makmur hendaknya.
#SayangiMalaysiaku
#KitaPunya
#Merdeka2018
#Merdeka61
Program UM Cares
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Minggu lepas telah berlangsungnya Program UM Cares yang dianjurkan oleh Universiti Malaya. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 4 & Tahun 5 yang turut didedahkan dengan pengetahuan berkenaan dengan haiwan-haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes, lalat hitam dan kutu.
PROGRAM : UM CARES
TARIKH : 16 OGOS 2018 (KHAMIS)
TARIKH : 16 OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : FAKULTI SAINS BIOLOGI, UNIVERSITI MALAYA
MASA : 8.00PAGI HINGGA 4.00PETANG
PESERTA : 30 ORANG PELAJAR
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61, Panitia Sejarah telah mengadakan majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah.
PROGRAM : MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
TARIKH : 17HB OGOS 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PENYERTAAN : MURID TAHUN 1 HINGGA 6
Dengan tema 'Sayangi Malaysiaku' yang menjadi tema kebangsaan tahun ini, majlis pelancaran turut diserikan dengan persembahan gimik dari murid-murid TKRS dan sketsa pendek serta nyanyian lagu patriotik beramai-ramai.
Pertandingan Boria & Sajak Peringkat Negeri Selangor 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Selangor 2018, SKJS(1) telah menghantar peserta bagi mewakili sekolah dalam 2 kategori pertandingan. Pertandingan tersebut ialah boria dan deklamasi sajak.
Program : Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah 2018 (PPDa)
Peringkat : Negeri Selangor
Tarikh : 11hb Julai 2018 (Sabtu)
Tempat : SMK Setia Alam, Selangor
Peserta : Boria (Murid Tahun 4&5) & Sajak (Adik Nadiah Bt Zamri Tahun 5)
Kesedaran Terhadap Jenayah Siber Di Kalangan Generasi Muda
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kecanggihan teknologi dan capaian internet yang tiada batasan menjadikan generasi muda terutama kanak-kanak dan remaja begitu mudah terdedah kepada risiko menjadi mangsa jenayah siber.
Mengikut statistik yang pernah dilaporkan dalam artikel berita tempatan, sebanyak 70% pelajar sekolah telah terbabit dengan jenayah siber. Peratusan yang membimbangkan ini menunjukkan kurangnya pemahaman dan pendedahan pelajar terhadap dunia tanpa sempadan.
Semak Penempatan Tahun 1 & Prasekolah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
SEMAK PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2020/2021
Makluman kepada ibubapa yang mempunyai anak bakal bersekolah di darjah 1 tahun 2019, semakan untuk penempatan Tahun 1 sesi 2019 boleh disemak mulai 1hb Ogos 2018.
Bagi sebarang rayuan penempatan, ibubapa boleh mula memohon dari 1hb Ogos sehingga 31hb Ogos 2018.
SEMAK PENEMPATAN PRASEKOLAH SESI 2020
Semakan penempatan bagi prasekolah boleh disemak mulai 5hb Ogos 2019. Sementara rayuan penempatan prasekolah sesi 2019 boleh dimohon mulai 5hb Ogos hingga 20hb Ogos 2019.
Perkampungan UPSR Siri 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Demi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjengah pada bulan September ini, pihak sekolah khususnya warga pendidik telah mengambil inisiatif bagi memperkukuh persiapan pelajar-pelajar Tahun 6 dalam jangka masa kurang dari 2 bulan.
Antara program yang telah dirancang ialah Perkampungan UPSR SIRI 1 yang telah pun berlangsung selama 3 hari di sekolah.
PROGRAM : PERKAMPUNGAN UPSR SIRI 1
TARIKH : 27HB HINGGA 29HB JULAI 2018
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (SATU)
SUBJEK : BAHASA MELAYU & SAINS
SASARAN MURID : PELAJAR TAHUN 6
PENCERAMAH MOTIVASI :
- CIK SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI (PELAJAR PERAKAUNAN UNIVERSITI MALAYA)
- CIK GAYATHRI MURALI (PELAJAR PERUBATAN - RUSIA)
Berhati-hati Dengan Ancaman Wabak HFMD
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kebelakangan ini masyarakat kita dikejutkan dengan kes-kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang kebanyakannya menyerang kanak-kanak terutama di taska, tadika dan sekolah.
Merujuk kepada statistik, negeri Selangor mempunyai bilangan kes tertinggi berbanding ni negeri-negeri lain.
Bengkel Teknik Menjawab Kertas Matematik UPSR 2018
PROGRAM : BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATEMATIK UPSR
TARIKH : 11HB JULAI 2018 (RABU)
MASA : 8.00 PAGI- 10.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PESERTA : MURID TAHUN 4,5 & 6 (SKJS(1) & SK(2) JALAN SELANGOR)
Satu bengkel teknik menjawab kertas Matematik UPSR telah diadakan baru-baru ini untuk murid-murid Tahap 2. Penerangan disampaikan oleh En. Zakaria Bin Abd Rani dari Jabatan Pendidikan Selangor (JPS).
Program Mentor Mentee Tahun 6 | KLINIK MATEMATIK
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Dimaklumkan bahawa mulai 18hb Julai 2018, Program Mentor Mentee akan berlangsung pada setiap hari Rabu bermula jam 2pm hingga 4 pm.
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6
TARIKH : SETIAP RABU
MASA : 2PM HINGGA 4PM
KUMPULAN SASARAN : MURID-MURID TAHUN 6
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
Jemputan ke Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SKJS(1)
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada bekas pelajar SK Jalan Selangor (Satu) yg dihormati.
Pihak SKJS(1) ingin menjemput tuan/puan ke Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar SKJS(1) yang akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 11 Ogos 2018
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SKJS(1)
Sehubungan itu, tuan/puan diminta mengisi maklumat diri melalui pautan https://gg.gg/reunionskjs1 untuk memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan.
Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan ukhwah dan kerjasama dikalangan seluruh warga SKJS(1) demi kebaikan kita bersama.
Terima kasih
RAZWAN HJ. MOHD ZIN
Guru Besar
SK Jalan Selangor (1)
Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris UPSR 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
PROGRAM : BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA INGGERIS UPSR
TARIKH : 16HB JULAI 2018 (ISNIN)
MASA : 2.00 PETANG - 4.00 PETANG
TEMPAT DEAN ZAMRUD, SKJS(1)
PESERTA : MURID TAHUN 4,5 & 6
Satu bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Inggeris UPSR telah diadakan baru-baru ini untuk murid-murid Tahap 2. Penerangan disampaikan oleh Pn. Kumuthini Sundrapan dari SK Kelana Jaya 1 yang berpengalaman selama 20 tahun dalam subjek Bahasa Inggeris.
Hari Terbuka (Report Card Day)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
PROGRAM : HARI TERBUKA SKJS(SATU)
TARIKH : 14HB JULAI 2018 (SABTU )
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 9.30 AM - 12.00 TGHARI
Pada hari Sabtu yang lepas, sekolah telah mengadakan Hari Terbuka untuk ibubapa mendapatkan laporan prestasi pencapaian akademik anak masing-masing melalui guru kelas.
Perjumpaan diadakan di Dewan Zamrud bermula pada pukul 10pagi sehingga tengahari. Terlebih dahulu, satu taklimat ringkas disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Cikgu Khairee.
Program Makanan Sihat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pengelola : Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM)
Anjuran : Unit 3K
Matlamat : Murid-murid dapat mengamalkan pemakanan yang berkualiti dan bernutrisi yang diperlukan tubuh badan untuk sihat.
PROGRAM : MAKANAN SIHAT
TARIKH : 13HB JULAI 2018 (JUMAAT )
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 7.30 AM - 9.00 AM
PENYERTAAN : MURID-MURID SKJS(1) TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6
Objektif Program
- Mengetahui jenis-jenis makanan sihat
- Menggalakkan murid-murid tentang pemakanan sihat
- Mendedahkan murid-murid kepada amalan mengambil sarapan pagi yang sihat
Aktiviti
- Pelancaran Program Makanan Sihat
- Ceramah makanan sihat
- Soalan kuiz untuk murid-murid
- Murid-murid diberi makanan sarapan pagi di kantin
Bengkel Teknik Menjawab Kertas Bahasa Melayu UPSR 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
PROGRAM : BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU UPSR
TARIKH : 11HB JULAI 2018 (RABU)
MASA : 2.00 PETANG - 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PESERTA : MURID TAHUN 4,5 & 6 (SKJS(1) & SK(2)JALAN SELANGOR)
Satu bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Melayu UPSR telah diadakan baru-baru ini untuk murid-murid Tahap 2. Penerangan disampaikan oleh En. Syahidan Bin Saad dari Sekolah Kebangsaan Sungei Way (SKSW).
Lawatan Dari Klinik Pergigian Taman Medan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
PROGRAM : PENJAGAAN GIGI YANG BETUL
TARIKH : 10HB JULAI 2018 (SELASA)
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH SKJS(1)
PESERTA : MURID SJKS(1) & MURID SK(2)JALAN SELANGOR
PENGANJUR : KLINIK PERGIGIAN TAMAN MEDAN, PJ
Penyelia kesihatan gigi dari Klinik Pergigian Taman Medan, PJ telah membuat lawatan ke sekolah baru-baru ini bagi mendidik para pelajar tentang kepentingan menjaga gigi dengan baik. Selain taklimat ringkas tentang penjagaan gigi, mereka juga ditunjukkan cara memberus gigi dengan betul dibantu oleh jururawat pergigian.
Kemudian, murid-murid turut memberus gigi secara beramai-ramai.
Makluman Persekolahan Cuti Berganti & Perjumpaan Hari Terbuka 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Satu surat makluman telah dikeluarkan berhubung dengan perkara diatas. Mohon ibubapa/penjaga dapat memastikan anak-anak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 14hb Julai (SABTU) seperti di ketentuan yang tersebut.
Ibubapa juga diharap dapat menghadirkan diri ke sekolah pada pukul 9.00am bagi mendengar taklimat ringkas sebelum bermula perjumpaan Hari Terbuka. Sekiranya ibubapa/penjaga tidak dapat hadir pada hari tersebut, keputusan anak tidak akan diberikan kepada murid.
PROGRAM : Persekolahan Cuti Berganti
TARIKH : 14 Julai 2018 (Sabtu)
KEHADIRAN : Semua murid
JADUAL : Hari Selasa
MASA : Waktu Persekolahan
PROGRAM : Perjumpaan Hari Terbuka 2018
TARIKH : 14 Julai 2018 (Sabtu)
MASA : 10.00am
TEMPAT : Kelas anak masing-masing
Langgan:
Catatan (Atom)