Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah 2018. Papar semua catatan

Perkampungan UPSR Siri 1

Julai 31, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Demi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjengah pada bulan September ini, pihak sekolah khususnya warga pendidik telah mengambil inisiatif bagi memperkukuh persiapan pelajar-pelajar Tahun 6 dalam jangka masa kurang dari 2 bulan.

Antara program yang telah dirancang ialah Perkampungan UPSR SIRI 1 yang telah pun berlangsung selama 3 hari di sekolah.

PROGRAM : PERKAMPUNGAN UPSR SIRI 1
TARIKH : 27HB HINGGA 29HB JULAI 2018
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (SATU)
SUBJEK : BAHASA MELAYU & SAINS
SASARAN MURID : PELAJAR TAHUN 6
PENCERAMAH MOTIVASI : 
  1. CIK SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI (PELAJAR PERAKAUNAN UNIVERSITI MALAYA)
  2. CIK GAYATHRI MURALI  (PELAJAR PERUBATAN - RUSIA)



Makluman Persekolahan Cuti Berganti & Perjumpaan Hari Terbuka 2018

Julai 10, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu surat makluman telah dikeluarkan berhubung dengan perkara diatas. Mohon ibubapa/penjaga dapat memastikan anak-anak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 14hb Julai (SABTU) seperti di ketentuan yang tersebut.

Ibubapa juga diharap dapat menghadirkan diri ke sekolah pada pukul 9.00am bagi mendengar taklimat ringkas sebelum bermula perjumpaan Hari Terbuka.  Sekiranya ibubapa/penjaga tidak dapat hadir pada hari tersebut, keputusan anak tidak akan diberikan kepada murid.

PROGRAM : Persekolahan Cuti Berganti
TARIKH : 14 Julai 2018 (Sabtu)
KEHADIRAN : Semua murid
JADUAL : Hari Selasa
MASA : Waktu Persekolahan



PROGRAM : Perjumpaan Hari Terbuka 2018
TARIKH : 14 Julai 2018 (Sabtu)
MASA : 10.00am
TEMPAT : Kelas anak masing-masing




Majlis Sambutan Hari Raya 1439H

Julai 09, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Kemeriahan Syawal yang mulia diteruskan lagi dengan majlis sambutan Hari Raya di sekolah. Murid-murid dan guru-guru mengambil peluang ini berpakaian cantik dan berwarna-warni sambil membawa juadah raya yang disediakan sendiri oleh ibubapa masing-masing.

Turut diadakan adalah acara tarian dan nyanyian oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang mengambil bahagian.

ACARA : MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
TARIKH : 6 JULAI 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : SKJS (1)
MAKANAN : POTLUCK OLEH MURID-MURID DAN GURU-GURU


English Day Programme | Learning Grammar Is Fun

Jun 06, 2018 Add Comment

Assalamualaikum and selamat sejahtera

Since English has become our second language after Bahasa Melayu, it is important to encourage our students to take the chance to learn in the most effective way so that it will benefit them in the future.

Learning English is not merely to pass the exam, but it develops more skills involving two systems of speech, writing and structure. Therefore, the process needs to be fun and understandable by the students in order for them to gain knowledge and mastering the language correctly.